Wednesday, 8 October 2014

Malaikat -Hazama lirik


Lagu hazama ni mmg hampir kena dengan jiwa den,moga Allah lindungi dan menjaga awak walaupun saya tiada bersama awak,biarlah cinta ini hanya saya seorang je yang tahu..
Lagu ni dedikasi untuk someone yang dah lama bertahta dalam hati saya to Aez 




Tuhanku kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bilaku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Kucintanya sungguh-sungguh

Pagi petang berlumba
Terkejar-kejar masa
Coba bina istana untuk hidup bersama
Tapi lebih ku rela lihat senyumanmu

Ini sahaja ku mampu demi menjaga kamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

Tuhanku kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


Benarku menyedari kini menghadapi
Segala yang ditakdirkan untuk hidupku
Maafkanlah diriku kerna melukakanmu
Terpaksa ku melangkah pergi
Meninggalkan kamu

Ini saja waktuku di dunia menjagamu
Ku tambahkan satu doa untuk kamu

(*) Tuhanku kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat tuk jaganya bila ku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh

Sampaikanlah rinduku padanya
Agar dia sentiasa sempurna
Bawalah cinta kita
Terbang bersama ke syurga

Ku tiada
Ku cintanya sungguh-sungguh

Tunaikan semua permintaannya kerna
Ku cintanya sungguh-sungguh


(*)Repeat 

Buat Si Dia

Buat Si dia yang pernah bertahta di hati ini,

saya nak mintak maaf sangat2 jika sepanjang perkenalan kita,saya lukakan hati awak.Saya mungkin hanya boleh jadi kawan tapi saya tak boleh jadi sahabat,saya tak mampu berikan senyuman untuk awak,saya hanya boleh jadi teman saat awak bosan,saat ni saya rindu sangat2 kat awak,yang saya mampu hanya memdoakan awak dari kejauhan,saya tak mampu nak berikan kebahgiaan dan kegembiraan pada awak,yang saya mampu doakn awak bahgia,saya tak mampu beri senyuman pada awak,yang saya mampu doakan setiap saat biarlah senyuman terukir dibibir awak,saya harap awak sentiasa dilindungi Allah,moga Allah permudahkan urusan dunia dan akhirat awak

Awak,bila satu saat nanti saya tiada lagi mesej,tiada lagi khabar dari saya.saya harap sangat awak bahgia,saya harap sangat awk dipertemukan jodoh dengan wanita solehah,kebahgiaan awak itu kebahgiaan saya,walau sakit,saya cuba tabah.Saya terpaksa jauhkan diri saya,sebab saya tak boleh nak tgk awak bergurau dengan perempuan lain,hati saya cemburu,maaf saya terpaksa menjauhkan diri saya,biarlah Allah menentukan segalanya.jika ada jodoh kita akan dipertemukan,jika tiada semoga kebahgiaan mengiringi awak..maafkan diri ini ;(


ikhlas untukmu :

Aez

Cerita Hidupku (part 2)

Sambungan dari cerita part 2,

segalannya masih terbayang,masa berlalu hampir setahun perkenalan miss P dengan mr A,dorang menjadi rapat sesangat sampai masing2 mengenali antara satu sama lain,semuanya berlaku dengan cepat dan pantas,mereka saling percaya mempecayai dan mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain.Malah aku dengan Miss P semakin rapat dan boleh katakan hampir setiap hari keluar,miss P bertau segala rahsianya padaku,tapi mr A lebih mengenali miss P kerana setiap masa mereka saling membalas mesej,sehingga mereka mula jatuh cinta antara satu sama lain,tetapi masing2 anggap perasaan itu hanya sementara

Allah hadirkan sesuatu dihati miss P untuk mengetahui yang aku sudah lama menyimpan perasaan pada mr A,ye..sepanjang mereka berkenalan antara satu sama lain aku cuba untuk melupakan perasaan sayang aku pada mr A,tapi akhirnya miss P dapat membaca isi hati aku,semuanya salah aku,tak pernah aku terfikir yang aku akan rapat dengan miss P,demi Allah tiada niat dihati aku nak permainkan mereka berdua,niat aku hanya untuk lupakan mr A,tapi segalanya berubah selepas miss P tahu hati aku,sewaktu mereka rapat,aku cuba mencari seseorang untuk aku lupakan mr A,tapi aku langsung tak berjaya,bohonglah kalau kata tiada perasaan cemburu yang hadir waktu miss P dan mr A bergelak tawa bersama2,smua tu bohong semata2,tapi aku cuba kuatkan hati,hanya pada Allah aku mengadu dan berserah,saat aku kenalkan mereka berdua hati ni mmg redha,tapi hanya dimulut..itulah satu tindakan paling bodoh yang pernah aku lakukan,sehingga kini masih ada rasa bersalah dihati.

saya tak mampu nak bahagiakan awak mr A,saya tak mampu berikan senyuman diwajah awk,yang saya mampu hanya doakan awk dari kejauhan.Miss P saya mintak maaf lukakan hati akak,demi Allah saya tiada niat untuk lukakan akak,kalu masa blh diundur,saya taknak smua ni jadi.tapi saya yakin pada jalan takdir yang Allah dah tetapkan,insyaAllah akan ada hikmah 


Monday, 29 September 2014

Cerita hidupku (part 1)

Saat aku mula ingin menaip setiap kisah hidupku,hanya engku yang bermain didalam fikiranku.

Cerita ini bermula saat aku berada di sem 4 di salah sebuah kolej swasta di negeri selangor

Masih terbayang saat pertama kali aku menegurmu dengan debaran dihati,masih teringat-ingat lagi saat aku diperkenalkan oleh kawanmu,kawanmu memujimu seorang yang baik tetapi dia mengatakan engkau kelantan murtad.haha,semuanya berlalu sehingga hampir 3 tahun perkenalan kita.Pelbagai cabaran yang terpaksa aku lalui untuk mendapatkan hatimu,tetapi hingga kini aku masih tidak berpeluang mendapatkan hatimu nan satu itu.Saat ini,sungguh aku merinduimu,Allah menguji aku dengan menghadirkan kamu disaat aku kecewa putus cinta.Sebelum aku mengenali awak mr A,aku baru lepas putus cinta,dan aku pernah memohon pada Allah temuikanlah aku dengan jodohku dan jangan engkau jatuhkan aku ke lembah maksiat.dan akhirnya Allah perkenalkan aku dengan mr A.

Segalanya terbayang walaupun kita cuma berbalas mesej melalui fb,tidak sampai setahun aku mengambil satu keputusan aku kenalkan kamu pada sahabat aku,yang pada mulanya aku sendiri tidak terfikir aku akan rapat dengan miss P,saat aku kenalkan kamu berdua sumpah perasaan cemburu semestinya ada,tapi aku cuba ignorekan dan hati aku sendiri merelakan.kerana setiap apa yang kita inginkan tidak semua yang akan dapat,aku dah jadi diri aku,mugkin mr A tidak pernah sedar aku hanya kutuk2 dia selepas dia mengenali miss P.Aku berubah selepas pengenalan mereka,aku tahu mr A lebih happy dengan miss P,kebahgiaan dia senyuman buat aku.And waktu first aku kenal both miss P seolah2 dapat baca yang aku sukakan mr A,lepas dorang kenal aku cuba sibukkan diri untuk lupakan mr A,maaf mr A.aku bukan sengaja nak kutuk2 awak,tapi step utk lupakan awk,tp tanpa sedar sy xfikirkan perasaan awak.Maafkan saya setiap yang terjadi,selalu sy buat tindakan tanpa berfikir dulu.dan akhirnya saya yang terluka : ( 

Saturday, 27 September 2014

PUNCA PERIOD TIDAK STABIL (PCOS)

APAKAH PCOS - PUNCA PERIOD TIDAK STABIL
´Polycystic ovary´ atau PCOS adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari yang terdapat pada seseorang wanita akan menjadi bengkak kerana benih-benih telur telah terperangkap di dalam ovari dan tidak dapat melakukan proses penetasan pada waktu subur. Dan apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan menimbulkan pelbagai jenis masalah pada wanita tersebut.
Ciri ovari yang dapat dilihat oleh doktor pakar sakit puan semasa pemeriksaan ´vaginal ultrasound´ akan mendapati kedua-dua belah ovari bengkak dan membesar hingga dua atau tiga kali ganda daripada saiz biasa. Kelihatan ovari itu seolah-olah mengandungi bintik-bintik hitam iaitu apa yang digelar ´honeycomb appearance´. Bintik-bintik hitam inilah sebenarnya telur atau benih wanita yang telah terperangkap.
Wanita yang gemuk, pusingan haid tidak teratur dan terdapat rambut pada kaki, badan atau muka, maka mereka ini haruslah berwaspada kerana mungkin mengalami masalah kilang ovari bengkak atau ´polycystic ovary´. Peratus penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita-wanita di Malaysia dan dianggarkan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.

TANDA-TANDA PENYAKIT PCOS
1. Tidak Subur atau Mandul
Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hendak hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin – masih belum mendapat zuriat dan telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.
2. Haid Tidak Teratur
Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.
3. Gemuk
Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas.
4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan
Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit – hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal, seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.
5. Tumbuh Rambut
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut – juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.



(Copy from facebook)

Cintakan seseorang dalam diam

Salam,

hari ni nak kongsi sikit rasa hati ni,tak tau nak kata pe,tapi hati tetiba rasa sedih je..sekelip mata je Allah nak bagi rasa gembira jadi sedihkan : (

Allah,allah,allah
banyakkan istifar saat hati diduga,mencintai seseorang dalam diam bukanlah satu perkara yang mudah,malah sukar sangat2 bila hati tak tahan merindui tapi sedarlah kita betapa indahnya pada masa akan datang jika sabar dalam ujian Allah. Kawan2 duk tanya "nape ko tak cakap je,biar dia tahu?"
Allah akan kurangkan rasa cinta jika si dia mengetahui yang kita jatuh sayang kat dia,so,believe in faith. kalau ada jodoh takkan kemana,mohonlah pada Allah moga dikurniakan jodoh yang baik.

Kalau rasa sayang dah mula ada dalam hati tu,check balik hati kita.cinta ni datang dari allah ataupun nafsu?macam ne nak tahu?kalau tiap kali kita ingat dia kita istifar ataupun berdoa itulah namanye cinta datang dari allah,tapi kalu datang dari nafsu mybe sebab sunyikan,saya pernah alami sampai sekarang still sayangkan dia,dari nafsu kita asyik nak stalk dia je,pas2 duk msj2.

Istikharah jangan lupa yek,jangan lupa doakan si dia.doakan yang baik2 tau : )

KES BUANG BAYI

Assalamualaikum..

Dah berhabut blog ni,bukan berhabuk dah dan bersawang..lama bebenor x  update..
xcually xtau nak update pe,tapi buat blog ni sesaje ni luahkan perasaan yang terbuka dihati ops,bkn terbuka tapi terbuku.

Banyak betul sekarang kes buang bayikn,apa kena mengena kes buang bayi dengan hati den ni?ish,confuse dengan diri sndr..ok,first of all kenapa banyak jadi kes buang bayi kat malaysia?

Ni jangkaanlah,bulan valentinekan jatuh pada bulan 2,so bulan 2 tambah lagi 9 kan tiba masa nak keluar bayi

Hah,tgklah lepas ni new year pulak,ada pulak lps 9 bln akn bnyak kes buang bayi.seriously,time buang 2 dorang x rasa pape ke? kesian budak 2..ish2,kalu korang nak tahu inilah tanda-tanda kiamat,sedih bila tengok condition bayi 2.kalu rasa xnak bayi 2 buatlah cara altenatif lain jangan sampai budak  yang langsung x tahu pape 2 kena hurung semut ke apa.Tak rasa sakit bersalin ke dorang ni?pandai buat tapi x pandai tanggung.

aish,pe nak jadi dengan anak remaja sekarang? sedih sangat bila kenangkan dunia sekarang,Moga Allah lembutkan hati mereka2 untuk insaf,sedih sgt2.ada jugak kawan yang dah ditebuk tupai tapi still xnak insaf,kita sebagai kawan kalu boleh controllah,tapi kita bukannye hadap dgn kwn kita 24 jamkan,jgn pulak kita g sokong pe yang dorang buat,kalu benda baik tak pelah,ni kalu benda dah melampau better hantar p kaunseling xpon p hantar rumah2 pengasih.

perempuan2 mohon jagalah maruah anda,maruah kita ni amat bermakna.sekali hilang akn hilang selamanya,berilah pada yang berhak iaitu suami